Posts

Showing posts from June, 2011

Kampus Baruku...

Image
Cerita pasal kampus baruku, ceritanya bermula pertengahan semester lalu lagi. perbincangan di peringkat Perwakilan Kulliyyah, Perwakilan Mahasiswa sudahpun dibuat tetapi perjalanannya seringkali tersangkut dan terkebelakang kerana Isu Kuin selalu menjuarai segalanya.  Pekeliling yang diminta untuk dikeluarkan pun, x jugak2 keluar, sampai ada sesetengah student kata Perwakilan Kulliyyah tak buat keja. Padahal makluman yang diperolehi dan dipercayai kata, pekeliling tu memang sengaja tak mau dikeluarkan. hem...  Khabar sal kampus baruku senyap seketika, sampai lah nak bermula minggu silaturrahim jun 2011. kata mereka pada mulanya, pelajar baru, lelaki, akan menginap disana sepanjang MSR, oleh kerana asrama yang namanya gemilang dah diambil kerajaan negeri dan digantikan dengan penambahan 2 blok banggunan di farabi. "pelajar lelaki dan perempuan menginap dalam satu pagar", itu ketetapan mereka.