Posts

Showing posts from January, 2012

Belajar dari cara berfikir.

Image
Belajar no 1 tetapi dakwah bukan no 2.  Kata-kata yang sangat famous time ana di maahad dulu dalam Badan Dakwah dan Kebajikan. Melalui bacaan Give and Take karangan Nurul Ain Amhad, ana suka berkongsi hal ni. ***** “Seorang penceramah muda bercerita tentang kisah dakwahnya semasa berada di alam kampus beberapa tahun yang lepas. Bagi menyampaikan dakwah kepada rakan-rakan sekampus yang lain, kami terpaksa bagun seawall mungkin bagi mengedarkan risalah yang berbentuk tazkirah dan peringatan. Pada waktu siang, kami sibuk dengan kelas dan peperiksaan. Jadi kami memikirkan jalan ini adalah jalan terbaik pada masa itu. Ini bermakna, walaupun kita berada di alam kampus atau pekerjaan yang mempunyai kesibukan melampau pada stu-satu masa, ia tidak menjadikan dakwah terhalang.” ***** Makin di baca, makin teringatkan apa yang sedang berlaku di kampusku sekarang. Jom kita kaitkan, betol or tak terpulang kepada yang membaca.