16.5.12

Pesanan buat semua penyokong dan pendokong KUIN5.



 Belajar dari sirah.  

Syukur kita panjatkan ke hadrat illahi dengan limpah kurnia dan rahmatnya, telah bergema kembali gelombang perjuangan mahasiswa. Bermula dari Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, 10 Mei 2010, jam 5.05 petang, terus terbang laju ke utara semenanjung. Bertebaran ucapan pujian buat Rabbul Jalil atas kemenagan ini. Tetapi “jangan terlalu gembira dengan kemenangan yang kita kecapi hari ini, kemungkinan ada perancangan pihak musuh yang kita belum ketahui”.

Seperti mana yang telah berlaku pada bulan syawal tahun kelapan hijrah. Ketika pembukaan kota mekkah. Rombongan 10 000 orang Islam bersama Rasulullah berarak masuk ke kota makkah dengan laungan pujian kepada Allah.

Setelah itu ummat Islam hidup dengan gembira, aman, damai dan selesa di dalam kota mekkah. Sehingga ada di antara kaum quraish yang pernah memusuhi Baginda bertukar menjadi orang yang menyebelahi baginda, disebabkan keadaan tersebut maka marahlah para pembesar Huwazin dan Thaqif kepada Baginda dan orang Islam seluruhnya.

6.5.12

di depan mata / di belakang mata

Hari ini meletup sudah salah satu masalah negara di depan mata kita. PKR anjurkan Himpunan Bersih, 600 000 rakyat berhimpun di sekitar ibu negara, wartawan di cabuli hak bekerja, beratus rakyat tercedera, tak lupa juga ada kembali kepadaNya. Pejuang Berjuang di medah Perjuangan. Tiada lafaz lain dan tiada isu lain di bangkitkan melainkan isu Bersih. Rakyat dizalimi. 

Tak terlepas pandang pd gelagat si pemerintah BN, jika PKR anjur Himpunan pada 28 april, mereka juga sibuk mencuri dan mengalih pandangan rakyat dengan Jom Heboh di Perak, Jelajah Janji Ditepati di Sarawak, dan Dinner pemerintah pada malamnya. Pada fikiran rakyat, "ada aku kesah".