Posts

Showing posts from December, 2015

Melangkah ke Alam Rumah Tangga

Image
Alhamdulillah, syukur kehadrat illahi kerana langkah ini disertai dengan Redha Ibu bapa serta ahli keluarga yang lain. Pertemuan bermula pada bulan Jun 2014, sebagai pelajar praktikal di salah sebuah firma swasta. Pesan Murobbi sebelum melangkah ke alam pekerjaan selitlah langkahmu dengan istikharah, kerana di sana akan benyak mengubah hidupmu. Doa yang berterusan untuk hidup, untuk pekerjaan sentiasa meniti di bibir, hinggalah takdir menandingi segalanya, Dia datang dengan membawa masalah ummah, istikharah dan istisyarah terus berjalan menuju Murobbiah. Kata Murobbiahku, terimalah dia atas dasar dakwah, kerana inilah masalah ummah. Memberanikan diri menceritakan permohonannya kepada kedua ibubapa, dengan menyerahkan hal menerima atau menolak diatas kuasa mereka berdua. Pertunangan pada 1 Muharram 1435H Majlis sederhana yang hanya melibatkan kedua belah keluarga, Sangat menitikberatkan pemilihan tarikh, harapan dengannya ada keberkatan. Di Ijab Kabulkan Selepas 1 Tahun 2 bula