Posts

Hot News Bumi Barakah..

Image
Salam imtihan buat sahabat Insaniah, selang seli dengan bacaan bahan akademik, lalu memberi peluang kepada bacaan bahan kerohanian di blog2 sahabat... terkesan ana dengan tulisan beberapa blog sahabat semenjak dua ni... bermula dengan tinta ustazah azlina di facebook (fb) beliau, lalu bertebaran jisim itu ke blog2 shabat kampus... sampai blh disenaraikan sebagai cerita terangat di bumi barakah. suka untuk ana kongsikan, senarai blog2 yang terpilih ni sebagai bahan bacaan pembaca sekalian...

ketahui matlamat kita...

Mengetahui matlamat sesuatu perkara, amat penting dalam melaksanakan tugas, kerja dan ibadah setiap hari. Seorang pelajar yang faham matlamat belajar akan belajar bersungguh-sungguh. Seorang pekerja yang faham matlamat kerja, akan berusaha dalam kerjayanya. Pendek kata, orang yang jelas matlamatnya akan berusaha untuk mencapainya, merasa mudah untuk mencapainya kerana sudah jelas matlamatnya.

Percayalah ~ stp y b'laku ada hikmahnya....

Terleka dirinya sebentar apabila menatap gambarnya ketika masih berada  di bangku sekolah. Dilihatnya tulisan di belakang gambar kelasnya  tersebut. Kadang kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat, Kita menangis dan tertanya-tanya, Ke mana hilangnya sinar, Rupa-rupanya, Allah nak hadiahkan kita pelangi. * * * * *

[cerita srikandi 1] SITI FATIMAH r.a

Image
Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah SAW. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah RA, wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat. Bersuamikan Saidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Saidina Ali merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain. Namun jauh di sanubari Rasulullah SAW tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya.