Posts

Business Yang Terbaik

Image
Firman Allah SWT : "Hai orang orang yang beriman, mahukah Aku tunjukkan kepadamu suatu perdagangan (perniagaan) yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwa mu. Itulah yang terlebih baik bagi mu, jika kamu mengetahui. Nescaya Allah mengampuni dosa mu dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai sungai dan ketempat tempat tingal yang baik didalam syurga Aden. Itulah kemenangan yang agong. Dan (ada lagi) kurnia lain yang kamu cintai (iaitu) pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang orang Mukmin (Surah As-Saff (61) ayat 10-13.)"

pentingnya sahabat bagiku...

Image
kisah perjalanan ini mungkin sangat panjang., memang sangat panjang. iman nak berkongsi dengan satu cerita yang baru saja iman lalui. iman rasa bersyukur bila iman dihadiahkan satu perkara yang sangat berharga. iman sangat-sangat menghargainya... terima kasih Tuhan. iman dihadiahkan kawan-kawan yang sangat menghargai antara satu sama lain. kawan yang semakin membiak. semakin jauh iman berjalan semakin membiak mereka disekeliling iman. Ya Tuhan bertuah sangat rasanya. mereka semua tidak seperti kawan biasa yang hanya tahu berada dikala iman senang. tetapi mereka dah berjanji dengan iman yang mereka mahu senang dan susah bersama iman. sekarang iman tak mahu menoleh ke kiri atau ke kanan lagi, iman hanya mahu terus menuju kehadapan dengan bimbitan tangan mereka.

Hot News Bumi Barakah..

Image
Salam imtihan buat sahabat Insaniah, selang seli dengan bacaan bahan akademik, lalu memberi peluang kepada bacaan bahan kerohanian di blog2 sahabat... terkesan ana dengan tulisan beberapa blog sahabat semenjak dua ni... bermula dengan tinta ustazah azlina di facebook (fb) beliau, lalu bertebaran jisim itu ke blog2 shabat kampus... sampai blh disenaraikan sebagai cerita terangat di bumi barakah. suka untuk ana kongsikan, senarai blog2 yang terpilih ni sebagai bahan bacaan pembaca sekalian...

ketahui matlamat kita...

Mengetahui matlamat sesuatu perkara, amat penting dalam melaksanakan tugas, kerja dan ibadah setiap hari. Seorang pelajar yang faham matlamat belajar akan belajar bersungguh-sungguh. Seorang pekerja yang faham matlamat kerja, akan berusaha dalam kerjayanya. Pendek kata, orang yang jelas matlamatnya akan berusaha untuk mencapainya, merasa mudah untuk mencapainya kerana sudah jelas matlamatnya.

Percayalah ~ stp y b'laku ada hikmahnya....

Terleka dirinya sebentar apabila menatap gambarnya ketika masih berada  di bangku sekolah. Dilihatnya tulisan di belakang gambar kelasnya  tersebut. Kadang kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat, Kita menangis dan tertanya-tanya, Ke mana hilangnya sinar, Rupa-rupanya, Allah nak hadiahkan kita pelangi. * * * * *

[cerita srikandi 1] SITI FATIMAH r.a

Image
Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah SAW. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah RA, wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat. Bersuamikan Saidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Saidina Ali merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain. Namun jauh di sanubari Rasulullah SAW tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya.