Posts

Bagaimana Mahu Tegur ?

Image
Assalamualaikum... Tak mahu cerita banyak-banyak, sebab semua orang dah nampak gejala pelajar insaniah stargate hari ini. Tak berstokin dan banyak bertabarruj...  Satu pesan dari Allah di dalam surah Al-Ahzab :  " Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak akan diganggu. Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani . "  adik: Allah dah letakkan kamu di dalam suasana yang paling memmudahkan untuk kamu berubah, kamu tak perlu malu pon. BERHIJRAHLAH... 

Pesanan buat semua penyokong dan pendokong KUIN5.

Image
  Belajar dari sirah.   Syukur kita panjatkan ke hadrat illahi dengan limpah kurnia dan rahmatnya, telah bergema kembali gelombang perjuangan mahasiswa. Bermula dari Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, 10 Mei 2010, jam 5.05 petang, terus terbang laju ke utara semenanjung. Bertebaran ucapan pujian buat Rabbul Jalil atas kemenagan ini. Tetapi “jangan terlalu gembira dengan kemenangan yang kita kecapi hari ini, kemungkinan ada perancangan pihak musuh yang kita belum ketahui”. Seperti mana yang telah berlaku pada bulan syawal tahun kelapan hijrah. Ketika pembukaan kota mekkah. Rombongan 10 000 orang Islam bersama Rasulullah berarak masuk ke kota makkah dengan laungan pujian kepada Allah. Setelah itu ummat Islam hidup dengan gembira, aman, damai dan selesa di dalam kota mekkah. Sehingga ada di antara kaum quraish yang pernah memusuhi Baginda bertukar menjadi orang yang menyebelahi baginda, disebabkan keadaan tersebut maka marahlah para pembesar Huwazin dan Thaqif kepada Baginda

di depan mata / di belakang mata

Image
Hari ini meletup sudah salah satu masalah negara di depan mata kita. PKR anjurkan Himpunan Bersih, 600 000 rakyat berhimpun di sekitar ibu negara, wartawan di cabuli hak bekerja, beratus rakyat tercedera, tak lupa juga ada kembali kepadaNya. Pejuang Berjuang di medah Perjuangan. Tiada lafaz lain dan tiada isu lain di bangkitkan melainkan isu Bersih. Rakyat dizalimi.  Tak terlepas pandang pd gelagat si pemerintah BN, jika PKR anjur Himpunan pada 28 april, mereka juga sibuk mencuri dan mengalih pandangan rakyat dengan Jom Heboh di Perak, Jelajah Janji Ditepati di Sarawak, dan Dinner pemerintah pada malamnya. Pada fikiran rakyat, "ada aku kesah".

Belajar dari cara berfikir.

Image
Belajar no 1 tetapi dakwah bukan no 2.  Kata-kata yang sangat famous time ana di maahad dulu dalam Badan Dakwah dan Kebajikan. Melalui bacaan Give and Take karangan Nurul Ain Amhad, ana suka berkongsi hal ni. ***** “Seorang penceramah muda bercerita tentang kisah dakwahnya semasa berada di alam kampus beberapa tahun yang lepas. Bagi menyampaikan dakwah kepada rakan-rakan sekampus yang lain, kami terpaksa bagun seawall mungkin bagi mengedarkan risalah yang berbentuk tazkirah dan peringatan. Pada waktu siang, kami sibuk dengan kelas dan peperiksaan. Jadi kami memikirkan jalan ini adalah jalan terbaik pada masa itu. Ini bermakna, walaupun kita berada di alam kampus atau pekerjaan yang mempunyai kesibukan melampau pada stu-satu masa, ia tidak menjadikan dakwah terhalang.” ***** Makin di baca, makin teringatkan apa yang sedang berlaku di kampusku sekarang. Jom kita kaitkan, betol or tak terpulang kepada yang membaca.

Kampus Baruku...

Image
Cerita pasal kampus baruku, ceritanya bermula pertengahan semester lalu lagi. perbincangan di peringkat Perwakilan Kulliyyah, Perwakilan Mahasiswa sudahpun dibuat tetapi perjalanannya seringkali tersangkut dan terkebelakang kerana Isu Kuin selalu menjuarai segalanya.  Pekeliling yang diminta untuk dikeluarkan pun, x jugak2 keluar, sampai ada sesetengah student kata Perwakilan Kulliyyah tak buat keja. Padahal makluman yang diperolehi dan dipercayai kata, pekeliling tu memang sengaja tak mau dikeluarkan. hem...  Khabar sal kampus baruku senyap seketika, sampai lah nak bermula minggu silaturrahim jun 2011. kata mereka pada mulanya, pelajar baru, lelaki, akan menginap disana sepanjang MSR, oleh kerana asrama yang namanya gemilang dah diambil kerajaan negeri dan digantikan dengan penambahan 2 blok banggunan di farabi. "pelajar lelaki dan perempuan menginap dalam satu pagar", itu ketetapan mereka.

Business Yang Terbaik

Image
Firman Allah SWT : "Hai orang orang yang beriman, mahukah Aku tunjukkan kepadamu suatu perdagangan (perniagaan) yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwa mu. Itulah yang terlebih baik bagi mu, jika kamu mengetahui. Nescaya Allah mengampuni dosa mu dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai sungai dan ketempat tempat tingal yang baik didalam syurga Aden. Itulah kemenangan yang agong. Dan (ada lagi) kurnia lain yang kamu cintai (iaitu) pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang orang Mukmin (Surah As-Saff (61) ayat 10-13.)"

pentingnya sahabat bagiku...

Image
kisah perjalanan ini mungkin sangat panjang., memang sangat panjang. iman nak berkongsi dengan satu cerita yang baru saja iman lalui. iman rasa bersyukur bila iman dihadiahkan satu perkara yang sangat berharga. iman sangat-sangat menghargainya... terima kasih Tuhan. iman dihadiahkan kawan-kawan yang sangat menghargai antara satu sama lain. kawan yang semakin membiak. semakin jauh iman berjalan semakin membiak mereka disekeliling iman. Ya Tuhan bertuah sangat rasanya. mereka semua tidak seperti kawan biasa yang hanya tahu berada dikala iman senang. tetapi mereka dah berjanji dengan iman yang mereka mahu senang dan susah bersama iman. sekarang iman tak mahu menoleh ke kiri atau ke kanan lagi, iman hanya mahu terus menuju kehadapan dengan bimbitan tangan mereka.