Jalan2 Tadabbur Alam (Usrah Sungai Sedim)
"Alam Semula Jadi Itu Fitrah Fitrah Itu Mengembalikan Insan Kepada Tuhan-nya". Walaupon belum tamat semua paper exam di dewan, perjuangan memahami dan memahamkan perlu di teruskan. Alhamdulillah, kurniaan Allah memindahkan kami ke sini mendekatkan diri kami lebih rapat dengan-Nya. Serapat Aur & Tebing Sungai Sedim. :) Perhatikanlah ciptaan Tuhan ini, cuba lah lihat betapa sempurna-Nya ciptaan-Nya, dan tanyakanlah kepada diri sendiri. Renungkanlah Kepada Air Yang Mengalir itu... Walaupun seribu batu yang berselerak mahupun tersusun menghalanginya, dia tetap menempuhnya berkali-kali sehingga batu tadi terhakis dan membentuk laluan buat dia yang lemah dan lembut, lihatlah kepada air itu, walaupun ada yang cuba mengenggamnya, namun pasti tidak mampu kerana sifatnya yang memenuhi ruang. Jadi lah kita seperti air, walaupun banyak halangan melanda, kita tetap berjalan menempuhinya, jadilah kita seperti air itu, sifatnya yang memenuhi ruang membuatkan dia