Mandi Hadas Cara Rasulullah
Perkara pertama yang perlu diberi keutamaan adalah kefahaman. Q : Apa itu Mandi? A : Mandi adalah meratakan air ke sekalian badan. (seluruh badan dengan memastikan tiada sehelai bulu pun yang tidak terlepas dari terkena air) !!! Q : Apa pula Mandi Wajib ? A : Mandi yang diwajibkan untuk sah solat / ibadah seseorang muslim. Apabila seseorang muslim mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, ibadahnya itu akan tertakluk kepada dua keadaan, samada sah (diterima ) @ tidak sah ( tidak diterima ) oleh Tuhannya. Diterima atau tidak sesebuah ibadah yang dikerjakan bergantung kepada KEBERSIHAN kerana Agama Islam sangat mementingkan kebersihan. Seorang manusia membersihkan diri dari kekotoran secara umum dengan menggunakan air. Islam juga menganjurkan umatnya membersihkan diri sebelum mengerjakan ibadah dengan air. Umumnya, bermula kehidupan manusia di awal pagi, membersihkan diri dengan cara membasuh muka, memberus gigi dengan air, agama islam tidak hanya berhenti setak