pentingnya sahabat bagiku...
kisah perjalanan ini mungkin sangat panjang., memang sangat panjang. iman nak berkongsi dengan satu cerita yang baru saja iman lalui. iman rasa bersyukur bila iman dihadiahkan satu perkara yang sangat berharga. iman sangat-sangat menghargainya... terima kasih Tuhan. iman dihadiahkan kawan-kawan yang sangat menghargai antara satu sama lain. kawan yang semakin membiak. semakin jauh iman berjalan semakin membiak mereka disekeliling iman. Ya Tuhan bertuah sangat rasanya. mereka semua tidak seperti kawan biasa yang hanya tahu berada dikala iman senang. tetapi mereka dah berjanji dengan iman yang mereka mahu senang dan susah bersama iman. sekarang iman tak mahu menoleh ke kiri atau ke kanan lagi, iman hanya mahu terus menuju kehadapan dengan bimbitan tangan mereka.