3.9.13

Sahabatku Lillahi Ta'la


Isnin, 1 september 2013. jam 10.15mlm. ketika di dlam kelas Startegik Management. Yanti mencuit bahuku, menghulurkan Samsung young berwarna pink miliknya kepadaku, mata disebalik niqab kulihat risaukan sesuatu. "mesej : K.Nad n Mun excident " kalimah istiqhfar mendahului. perhatian k.raihan kpd lectr dlm kelas terusik dengan kalimah itu.. "kenapa?". handfon itu ku serahkan kepadanya. "Subhanallah", air mukanya terkejut. mulut tertutup. Samsung Galaxy Young pink itu kuserahkan balik kepada pemiliknya. 

PERISTIWA 2010.

Menerawang peristiwa tahun 2010. Almarhumah Siti Naqiah Mahadhir kembali dlm ingatan. Istighfar lagi. moga-moga sejarah itu tidak berulang untuk kali yang seterusnya. Pahit dan perit yang terpaksa di telan apabila sahabat seusrah, bergelak ketawa, bermain, kesana kesini di jemput ilahi. Jaket biru y topinya bercorak belang itu kenangan terakhir ku bersama arwah. memek muka senyum selamber, menjamu mataku, tanda setuju bila ditanyakan pandangannya untuk aku memilih jaket itu. fikiran tidak boleh ku tumpu lagi pd pembentangan lectr di dlm kelas, bila memikirkan "Sahabatku Lillahi Ta'ala".

jam 11.00 mlm, sesudah kelas, kmi berlima terus berbahagi kenderaan untuk ke hospital, satu kereta balik mengambil shbt y lain, dan satu lagi terus ke hospital sultanah bahiyah. Di dlm kereta, aku hanya bersuara bercerita keadaan kmi shbt seusrah ketika berhadapan ujian persahabatan dan ujian ukhwah 2 tahun yang lalu. Makin dekat hospital, makin aku menyepi. hatiku berdebar. jantung seperti akan terkeluar. memeluk erat beg galas. sesampai di hospital, terus bersalaman dengan sahabat, dan bertanya khabar keadaan mangsa. keduanya masih di dalam wad kecemasan. kejadian yang berlaku, sekitar 7.30 malam, di dalam hujan lebat diceritakan satu persatu.