di depan mata / di belakang mata

Hari ini meletup sudah salah satu masalah negara di depan mata kita. PKR anjurkan Himpunan Bersih, 600 000 rakyat berhimpun di sekitar ibu negara, wartawan di cabuli hak bekerja, beratus rakyat tercedera, tak lupa juga ada kembali kepadaNya. Pejuang Berjuang di medah Perjuangan. Tiada lafaz lain dan tiada isu lain di bangkitkan melainkan isu Bersih. Rakyat dizalimi. 

Tak terlepas pandang pd gelagat si pemerintah BN, jika PKR anjur Himpunan pada 28 april, mereka juga sibuk mencuri dan mengalih pandangan rakyat dengan Jom Heboh di Perak, Jelajah Janji Ditepati di Sarawak, dan Dinner pemerintah pada malamnya. Pada fikiran rakyat, "ada aku kesah".

PKR dengan perjuangan, berjuang. BN pula dengan ancaman yang tidak menakutkan itu. Di dalam Malaysia Kini hari ini 5/5/12. Najib mengeluarkan kenyataan "Sabtu lepas, adalah percubaan untuk mengulingkan kerajaan". Baru sedarkah anda, selama ini anda tidor kah...

itu yang berlaku di hadapan mata. dan ada lagi ceritanya. apa yang berlaku di belakang mata???

Tepuk dada tanya iman anda.begitulah yang berlaku pada pemimpin yang tidak mengajak orang dibawah kepimpinan nya mengenali agama Allah. Check balik. dari sekecil-kecil organisasi yang kita pegang di kampus, adakah kita membawa orang di bawah kepimpinan kita kepada agama Allah. 

 Sehingga ada disini yang masih tidak solat, masih tidak menutup aurat sebaiknya, masih couple tanpa batasan, masih tuduh menuduh sesama mereka, masih ada sentimen perkauman. adakah kita sudah mengajak mereka kepada agama tuhan.
Di depan mata ya. kita perjuangkan, jangan kita berundur ke belakang. tp jangan kita tinggal yang di belakang mata. kerana objek yang dipancar ke belakang mata itulah akhirnya dipantulkan ke depan mata kembali... renungkan. 

cerita ini dari al-Quran, tidak pernah di jangka akan berlaku satu masa nanti di hari perhitungan, dalam kalangan mereka yag dipimpin ada yang mengungkit di hadapan Allah, mengadu "ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati para pemimpin dan para pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kamu dari jalan Mu" dan yang paling tak tahan, apa golongan ini meminta pada tuhan. "ya tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan laknatah mereka dngan laknat yang benar"... 

ya Tuhan, aku menadah tangan kepada mu, pimpin lah aku untuk memimpin mereka mengenali jalan mu. Perkenankan ya Rabb.

Comments

Popular posts from this blog

HIKMAH SEHAT GERAKAN SHOLAT ~ tubuh sihat jiwa sihat

Konklusi Buku : Jalan Dakwah; Antara Qiyadah & Jundiyyah

ketahui matlamat kita...