Ibu Bapa diminta mengawasi anak

Operasi Polis Daerah Yan yang telah dijalankan pada Syawal hari ke 2 dan hari ke 3 di Jalan Baru Pulau Bunting - Ulu Sedaka telah menunjukkan peningkatan pelanggaran PKPB.
 
Peringatan kepada ibu bapa telah dikeluarkan pada syawal ke 2, manakala 108 saman mula dikenakan atas pelbagai kesalahan bermula hari raya ke 3. 
Anak-anak remaja dinasihatkan supaya jangan terlalu berani melanggar perintah pihak berkuasa kerana PKP masih dilaksanakan, kesihani ibu ayah anda yang masih menanggung anda. Dan ibu bapa pula dimohon lebih kerap memantau pergerakan anak-anak.

Antara hikmah Covid19 dan PKP adalah mengurangkan masalah sosial remaja, juga kewalan dan tanggungjawab yang lebih dititik beratkan oleh ibu bapa kepada anak-anak lebih-lebih lagi yang dalam usia muda remaja.











Dilaporkan oleh netizen sekitar, admin menjangkakan ia masih dilakukan di lokasi yang sama. 

selangkah kesalahan yang kita lakukan akan menyusahkan banyak pihak. 

apa kata anda.?

Comments

Popular posts from this blog

HIKMAH SEHAT GERAKAN SHOLAT ~ tubuh sihat jiwa sihat

ketahui matlamat kita...

Titah Seri Paduka Baginda BERSEMUT