Posts

Percayalah ~ stp y b'laku ada hikmahnya....

Terleka dirinya sebentar apabila menatap gambarnya ketika masih berada  di bangku sekolah. Dilihatnya tulisan di belakang gambar kelasnya  tersebut. Kadang kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat, Kita menangis dan tertanya-tanya, Ke mana hilangnya sinar, Rupa-rupanya, Allah nak hadiahkan kita pelangi. * * * * *

[cerita srikandi 1] SITI FATIMAH r.a

Image
Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah SAW. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah RA, wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat. Bersuamikan Saidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Saidina Ali merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain. Namun jauh di sanubari Rasulullah SAW tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya.