Posts

Dr. Maza; "A𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐊𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐒"

Image
PERLIS - "Kayuhan MAIPs Peduli" adalah sebuah program anjuran Majlis Agama Islam Perlis bersama DYTM Raja Muda Perlis  yang bertujuan menyantuni asnaf, mengambil tahu perkembangan dan keperluan mereka.  Mufti Negeri Perlis,   Dr Maza atau nama sebenarnya  YBhg Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, hari ini, melalui laman facebook nya bertarikh 27 mei 2020, menulis, berkongsi luahan hati beliau dan dikira sama seperti pandangan rakyat malaysia keseluruhannya berkaitan "A 𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐊𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐒" "Hari ini, saya kembali mengiringi DYTM Raja Muda Perlis dalam kayuhan MAIPs Peduli. Disebabkan PKPB, maka jumlah kami tidak ramai dan in sha ALLAH telah mematuhi SOP yang ditetapkan.  Mohon maaf, kali ini saya ingin meluahkan rasa yang terpendam selama ini dalam coretan kali ini. Dukacita dan sedih, terdapat rumah asnaf yang miskin yang kami lawati begitu kotor halaman dan kawasan rumah mereka. Padahal, untuk mencuci atau membersi

Ibu Bapa diminta mengawasi anak

Image
Operasi Polis Daerah Yan yang telah dijalankan pada Syawal hari ke 2 dan hari ke 3 di Jalan Baru Pulau Bunting - Ulu Sedaka telah menunjukkan peningkatan pelanggaran PKPB.   Peringatan kepada ibu bapa telah dikeluarkan pada syawal ke 2, manakala 108 saman mula dikenakan atas pelbagai kesalahan bermula hari raya ke 3.  Anak-anak remaja dinasihatkan supaya jangan terlalu berani melanggar perintah pihak berkuasa kerana PKP masih dilaksanakan, kesihani ibu ayah anda yang masih menanggung anda. Dan ibu bapa pula dimohon lebih kerap memantau pergerakan anak-anak. Antara hikmah Covid19 dan PKP adalah mengurangkan masalah sosial remaja, juga kewalan dan tanggungjawab yang lebih dititik beratkan oleh ibu bapa kepada anak-anak lebih-lebih lagi yang dalam usia muda remaja. Dilaporkan oleh netizen sekitar, admin menjangkakan ia masih dilakukan di lokasi yang sama.  selangkah kesalahan yang kita lakukan akan menyusahkan banyak pihak.  apa kata anda.?

Titah Seri Paduka Baginda BERSEMUT

Image
Rata-rata Netizen terpegun melihat telatah  KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, setiap kali siaran ulangan titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung Malaysia sempena Sambutan Aidilfitri 1441H/2020 pada kali ini.   Tuanku Permaisuri Agong kini yang selalu mendapat jolokan isteri contoh buat ikutan rakyat, Tuanku juga yang sering memberi nasihat-nasihat membina kepada rakyatnya terutama buat para isteri dalam menjaga suami, mendidik anak-anak, mencorak masa depan anak-anak di masa akan datang. Telatah Baginda Tuanku Permaisuri yang sekali sekala menjeling  KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang sedang menyampaikan titah diraja tersebut mencuit hati netizen.  Siaran langsung yang selalunya bernada formal, kali ini bertukar daripad

Merawat penyakit asma lelah Lanka

Dr Nadir; Semalam kami bawa Auni ke Klinik Wangsa, Seksyen 1 Wangsa Maju nak buat treatment dengan Dr Nadir.. Masa anis kecik pernah terbaca pasal doc ni tapi xteringat nak pegi. Bila Ena Omar suggest esok terus kami pegi.. Ini ilmu baru yang semua orang boleh cuba apply untuk anak2 atau family yang asma, lelah dan batuk berkahak untuk mengelakkan pneumonia.. Dr Nadir terangkan batuk ni sebenarnya natural proses untuk keluarkan kahak dari paru2 sebab kahak ni biasanya infected by bacteria dan kuman berbahaya.. Jadi bila kita makan ubat batuk dan batuk sembuh, kahak sebenarnya terkumpul di paru2. Lama kelamaan kahak akan terkumpul dan membeku di paru-paru menyebabkan saluran pernafasan tersumbat dan membawa kepada penyakit seperti asma, lelah, bronchitis, pneumonia n so on. Kalau ibu mengandung dan mengusu makan ubat batuk, effect akan kena pada baby.. Kebelakangan ini, sesetengah baby walaupun baru lepas pantang dah mula batuk2 dan nafas berbunyi. Tapi ada Doktor lain pernah beri

Mandi Hadas Cara Rasulullah

Image
Perkara pertama yang perlu diberi keutamaan adalah kefahaman. Q : Apa itu Mandi? A : Mandi adalah meratakan air ke sekalian badan. (seluruh badan dengan memastikan tiada sehelai         bulu pun yang tidak terlepas dari terkena air) !!!  Q : Apa pula Mandi Wajib ? A : Mandi yang diwajibkan untuk sah solat / ibadah seseorang muslim.  Apabila seseorang muslim mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, ibadahnya itu akan tertakluk kepada dua keadaan, samada sah (diterima ) @ tidak sah ( tidak diterima ) oleh Tuhannya. Diterima atau tidak sesebuah ibadah yang dikerjakan bergantung kepada KEBERSIHAN kerana Agama Islam sangat mementingkan kebersihan. Seorang manusia membersihkan diri dari kekotoran secara umum dengan menggunakan air. Islam juga menganjurkan umatnya membersihkan diri sebelum mengerjakan ibadah dengan air.   Umumnya, bermula kehidupan manusia di awal pagi, membersihkan diri dengan cara membasuh muka, memberus gigi dengan air, agama islam tidak hanya berhenti setak

Malam Allah Melihat

Image
Yang Maha Melihat itu akan memandang tepat pada setiap hamba-hambanya ada malam itu. Itulah malam NISFU SYA'ABAN. Hadis sahih daripada Mu’az bin Jabal r.a; Rasulullah SAW bersabda:  “Sesungguhnya Allah  SWT akan memerhatikan hamba-Nya pada malam nisfu Syaaban , maka Allah akan mengampunkan penghuni dunia melainkan dua golongan manusia;  musyrik  (orang yang menyekutukan Allah SWT) dan  musyabin  (orang yang saling benci membenci).”  (HR Ibnu Majah, At-Thabaroni dan Ibnu Hibban) Malam yang diberi pelbagai nama-nama: 1)Lailatul Mubarakah (malam keberkatan) Sabda Rasulullah SAW:  “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya  kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki,

zaman bloger

Image
Zaman belajar di kampus kebanyakan sahabat-sahabat yang hebat-hebat mesti ada blog. Berkawan dengan kawan-kawan yang pegang title blogger membuatkan saya berminat untuk ada blog sendiri. 2,3 jam dihadapan laptop untuk update blog tu dah jadi perkara biasa. lepas habis exam terperap dalam bilik seharian suntuk dah tau, mesti update blog yang dah bersawang. Bila buka blog balik sekarang, memang penat nak cuci banyak sangat sawang, tengok link blog kawan-kawan sezaman dikampus pon dah bersawang ada yang dah 4 tahun tak di update. nak buat blog ni bukan hanya tahu copy paste maklumat daripada orang je :) tapi idea dan penulisan yang terhasil dari diri kita untuk tatapan dan manfaat orang lain yang membaca blog kita tu yang penting. blog adalah satu tempat untuk menulis dan melontarkan idea tentang ses uatu perkara yang nak kita kongsikan dengan orang lain. kalau sebelum ni kita ada frendster sama fungsinya macam blog tepi banyaknya pemilik frendster gunakan macam diari, cerita