Titah Seri Paduka Baginda BERSEMUT

Rata-rata Netizen terpegun melihat telatah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, setiap kali siaran ulangan titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung Malaysia sempena Sambutan Aidilfitri 1441H/2020 pada kali ini.  

Tuanku Permaisuri Agong kini yang selalu mendapat jolokan isteri contoh buat ikutan rakyat, Tuanku juga yang sering memberi nasihat-nasihat membina kepada rakyatnya terutama buat para isteri dalam menjaga suami, mendidik anak-anak, mencorak masa depan anak-anak di masa akan datang.

Telatah Baginda Tuanku Permaisuri yang sekali sekala menjeling KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang sedang menyampaikan titah diraja tersebut mencuit hati netizen. 

Siaran langsung yang selalunya bernada formal, kali ini bertukar daripada kebiasaan dan menambat hati rakyat jelata. 


 ANTARA RESPON NETIZEN 

"Tersengih sengih sendiri tengok Permaisuri Agong ni senyum senyum tengok suaminya sedang berucap"

RESPON BALAS

"Tu la sama jugak"

"Comey kan"

"yup, cute sangat"

Patik ucapkan Selamat bercinta hingga ke Jannah buat Tuanku berdua.  
apa kata anda....

Comments

Popular posts from this blog

HIKMAH SEHAT GERAKAN SHOLAT ~ tubuh sihat jiwa sihat

ketahui matlamat kita...