Jalan2 Tadabbur Alam (Usrah Sungai Sedim)

"Alam Semula Jadi Itu Fitrah
Fitrah Itu Mengembalikan Insan Kepada Tuhan-nya".


Walaupon belum tamat semua paper exam di dewan, perjuangan memahami dan memahamkan perlu di teruskan. Alhamdulillah, kurniaan Allah memindahkan kami ke sini mendekatkan diri kami lebih rapat dengan-Nya. Serapat Aur & Tebing Sungai Sedim. :)

Perhatikanlah ciptaan Tuhan ini, cuba lah lihat betapa sempurna-Nya ciptaan-Nya, dan tanyakanlah kepada diri sendiri. 


Renungkanlah Kepada Air Yang Mengalir itu...
Walaupun seribu batu yang berselerak mahupun tersusun menghalanginya, dia tetap menempuhnya berkali-kali sehingga batu tadi terhakis dan membentuk laluan buat dia yang lemah dan lembut, lihatlah kepada air itu, walaupun ada yang cuba mengenggamnya, namun pasti tidak mampu kerana sifatnya yang memenuhi ruang. Jadi lah kita seperti air, walaupun banyak halangan melanda, kita tetap berjalan menempuhinya, jadilah kita seperti air itu, sifatnya yang memenuhi ruang membuatkan dia tidak anjal untuk masuk ke mana sahaja yang dia mahukan. Hari ini kita di pimpin, esok adalah masa kita memimpin, pada ketika itu pimpinlah mad'u yang pelbagai ragam ini dengan mengaplikasikan pelbagai sifat, termasuk sifat air yang satu ini.  
Apakah Beza Org Beriman & Tidak Beriman Apabila mereka melihat ciptaan Tuhan? 


Dalam Quran dinyatakan bahawa orang yang tidak beriman adalah mereka yang tidak mengenali atau tidak peduli akan ayat atau tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah di alam semesta ciptaan-Nya. Segala usaha dicurahkan untuk membuktikan bahawa setiap perkara dalam dunia ini tiada penciptanya, semuanya berlaku kerana faktor kebarangkalian. Maka lahirlah pemikiran-pemikiran yang mengasingkan kewujudan Allah SWT.
Sebaliknya, ciri menonjol pada orang yang beriman adalah kemampuan memahami tanda-tanda dan bukti-bukti kekuasaan sang Pencipta tersebut. Ia mengetahui bahwa semua ini diciptakan tidak dengan sia-sia, dan ia mampu memahami kekuasaan dan kesempurnaan ciptaan Allah di segala penjuru manapun. Kefahaman ini pada akhirnya menghantarkannya pada penyerahan diri, ketundukan dan rasa takut kepada-Nya. Ia adalah termasuk golongan yang berakal, iaitu“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.” (Surah al-Imran,ayat 190-191).
 Banyak ayat dalam Al-Quran yang bermaksud seperti, “…Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”, “…terdapat tanda-tanda (ayat) bagi orang-orang yang berakal.” Ayat-ayat ini memberikan penegasan tentang pentingnya memikirkan secara mendalam tentang tanda-tanda kekuasaan Allah.
Allah telah menciptakan beragam ciptaan yang tak terhitung jumlahnya untuk direnungkan. Segala sesuatu yang kita saksikan dan rasakan di langit, di bumi dan segala sesuatu di antara keduanya adalah perwujudan dari kesempurnaan penciptaan oleh Allah, dan oleh kerananya  menjadi bahan yang patut untuk direnungkan.
Sekian Sahaja... :)

Comments

Popular posts from this blog

ketahui matlamat kita...

HIKMAH SEHAT GERAKAN SHOLAT ~ tubuh sihat jiwa sihat

Dr. Maza; "A𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐊𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐒"