Sahabatku Lillahi Ta'la


Isnin, 1 september 2013. jam 10.15mlm. ketika di dlam kelas Startegik Management. Yanti mencuit bahuku, menghulurkan Samsung young berwarna pink miliknya kepadaku, mata disebalik niqab kulihat risaukan sesuatu. "mesej : K.Nad n Mun excident " kalimah istiqhfar mendahului. perhatian k.raihan kpd lectr dlm kelas terusik dengan kalimah itu.. "kenapa?". handfon itu ku serahkan kepadanya. "Subhanallah", air mukanya terkejut. mulut tertutup. Samsung Galaxy Young pink itu kuserahkan balik kepada pemiliknya. 

PERISTIWA 2010.

Menerawang peristiwa tahun 2010. Almarhumah Siti Naqiah Mahadhir kembali dlm ingatan. Istighfar lagi. moga-moga sejarah itu tidak berulang untuk kali yang seterusnya. Pahit dan perit yang terpaksa di telan apabila sahabat seusrah, bergelak ketawa, bermain, kesana kesini di jemput ilahi. Jaket biru y topinya bercorak belang itu kenangan terakhir ku bersama arwah. memek muka senyum selamber, menjamu mataku, tanda setuju bila ditanyakan pandangannya untuk aku memilih jaket itu. fikiran tidak boleh ku tumpu lagi pd pembentangan lectr di dlm kelas, bila memikirkan "Sahabatku Lillahi Ta'ala".

jam 11.00 mlm, sesudah kelas, kmi berlima terus berbahagi kenderaan untuk ke hospital, satu kereta balik mengambil shbt y lain, dan satu lagi terus ke hospital sultanah bahiyah. Di dlm kereta, aku hanya bersuara bercerita keadaan kmi shbt seusrah ketika berhadapan ujian persahabatan dan ujian ukhwah 2 tahun yang lalu. Makin dekat hospital, makin aku menyepi. hatiku berdebar. jantung seperti akan terkeluar. memeluk erat beg galas. sesampai di hospital, terus bersalaman dengan sahabat, dan bertanya khabar keadaan mangsa. keduanya masih di dalam wad kecemasan. kejadian yang berlaku, sekitar 7.30 malam, di dalam hujan lebat diceritakan satu persatu. 


melihat pintu ruang kecemasan, peristiwa 2010 ini kembali lagi, jantungku bergerak lagi laju, mata hanya terpaku di pintu ruang kecemasan, melihat kalau-kalau ada kelibat sahabat dari sna. aku semakin tak keruan. "k.an, lutut ana bergerak-gerak" terus aku mengadu, mungkin sbb terlalu takut. "aiman, duduk dulu" cuba menenangkan, padahal keadaannya juga seperti aku. peristiwa 2010 telah kami lalui bersama. dia faham situasi ku. kelibat yang ku nanti-nanti akhirnya tiba, terus berlari mendapatkan tangannya, smbil bertanya keadaan di dalam. "k.dza mcm mana? ana nak masuk." melihat situasi. "masuk ja" smbil menunjuk arah. 

DI RUANG KECEMASAN. 

Melangkah menuju ke pintu bilik kecemasan, langkah yang ku susun itu seperti hendak tersungkur, tetap gagah disusun, sambil mata berkeliaran mencari mereka berdua. Di kelilingi bidadari-bidadari bertudung labuh, di situlah mereka di tempatkan. tanganku merangkul tangan salah seorang sahabat yang ada bersama mereka ketika itu. seluruh anggotaku kegigilan, kegigilan ku turut dirasai dia, Zulaikha menoleh kpd ku smbil memegang tanganku berkata "kak, kenapa ni? sabar..." aku paksa senyumanku kepadanya, tangan Nadhirah turut ku pegang, tangannya turut bergoncang di sebabkan kegigilanku. "aiman, ana sakit, doakan ana", melihat kaki kanannya telah diangkat alat sokongan. jari jemari dia aku genggam erat. melihat Munirah di sebelah, memaksa diri tidur, menahan sakit. menghilangkan kegigilan, berjalan ke sebelah munirah, bertanyakan keperluannya. "Husna risaukan munirah ni dia puasa, dia x makan apa lg, sekarang dah pukul 11 lebih". luah husna kepadaku, munirah ku tanya "nak minum air? nak makan x? makan sikit na, enti puasa," menjawab persoalanku dengan geleng kepala. dia x lalu makan. Air glukosa tu, dah memenuhi keperluan badan dia, insyallah dia ok, memahamkan husna. 

masuk kembali ke ruangan itu, nadhirah akan di tolak ke bilik yang lain untuk prosuder rawatan yang seterusnya, terus meminta bantuan yanti yang ada bersebelahan denganku membahagi tugas, sahabat2 yang lain yang bersama malam itu, semua mengambil part masing-masing di dalam membantu memenuhi keperluan sahabat, itulah ukhwah kami. aku keluar sebentar dan masuk kembali, mengantikan tempat yanti, kerana dia lebih mengetahui status moto ratna yang terlibat di dalam kemalangan itu. menunggu di hadapan bilik rawatan itu. pintu bilik itu di kuak, seorang dokter keluar, memanggil ku, "mai, kawan 2 orang", hanya aku seorang di sini, "man," itu suara aina. "hah, mai sini tgok nad". masuk ke ruang rawatan itu, dokter mengajarku menguruskan katil beroda yang di menemtempatkan nadhirah. sehelai kertas kecil di hulur kepadaku, "bawa kawan kamu ke arah sana untuk ke bilik scan" dokter itu meninggalkan kami bertiga. nadhirah menahan sakit di atas katil beroda tu. aku berkata perlahan kepada aina "dokter tu tinggal kita...?!" dalam hatiku, ini sahabat kita, jom... katil beroda itu di surung aku dan aina berhati-hati menuju prosuder seterusnya, aku di sebelah kanan katil, aina di sebelah kiri katil. menulusuri ruang2 berliku di dalam hospital, untuk satu ukhwah. Subhanallah, Ukhawah ini buat Mu Ya Allah. 

Selesai prosuder itu, nadhirah di rehatkan, kali ini giliran munirah pula, Izati membawa kerusi roda, "dokter kata mun dah boleh balik". aku hairan, "habis tu yang dia dok tahan sakit tu, sakit apa," aku masih hairan lagi, nanti kita sahkan, munirah dengan muka menahan sakit, "klau mun dh boleh balik, jom la kita balik, x mau duduk hospital". "nanti sat, nak dengar dari dokter sendiri", utk kepastian. "Double Check untuk munirah". Nurse datang kepadaku menyerahkan sehelai keratan kecil lagi, kali ini pendaftaran untuk penempatan nadhirah di wad kenangan 3D. selesai aku ke bahagian hasil, datang dengan beg kuliah ku, bersama pembantu jururawat, menolak katil berodanya menuju ke wad yang tercatat.

KHIDMAT TANDA UKHWAH

Berbekalkan pembelajaran dan pengalaman mengurus ibu di hospital peneng dulu, aku manfaatkan buatSahabatku Lillahi Ta'ala ini. keperluannya diurus satu persatu, solatnya di atas bahuku, perkara fardu kifayah, sudah menjadi wajib bagiku di saat ini, hasil pengajaran dari sahabat2 melalui talifon, membantu ku lebih dalam mengurus kewajipan yang masih belum lekang daripada dirinya walau dalam keadaan itu. dia tidur dengan tenang, dan aku mula rsa senang.

Ya Allah ini ukhwah kami di jalan perjuangan medan ilmu-Mu. Berkati sahabat-sahabat ku Nadhirah dan Munirah, semoga mereka cepat sembuh dan boleh meneruskan perjuangan yang tiada nokhtah ini

Comments

Popular posts from this blog

ketahui matlamat kita...

HIKMAH SEHAT GERAKAN SHOLAT ~ tubuh sihat jiwa sihat

Dr. Maza; "A𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐊𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐒"