Jalan2 Tadabbur Alam (Usrah Sungai Sedim)
"Alam Semula Jadi Itu Fitrah
Fitrah Itu Mengembalikan Insan Kepada Tuhan-nya".
Walaupon belum tamat semua paper exam di dewan, perjuangan memahami dan memahamkan perlu di teruskan. Alhamdulillah, kurniaan Allah memindahkan kami ke sini mendekatkan diri kami lebih rapat dengan-Nya. Serapat Aur & Tebing Sungai Sedim. :)
Perhatikanlah ciptaan Tuhan ini, cuba lah lihat betapa sempurna-Nya ciptaan-Nya, dan tanyakanlah kepada diri sendiri.
Renungkanlah Kepada Air Yang Mengalir itu...
Walaupun seribu batu yang berselerak mahupun tersusun menghalanginya, dia tetap menempuhnya berkali-kali sehingga batu tadi terhakis dan membentuk laluan buat dia yang lemah dan lembut, lihatlah kepada air itu, walaupun ada yang cuba mengenggamnya, namun pasti tidak mampu kerana sifatnya yang memenuhi ruang. Jadi lah kita seperti air, walaupun banyak halangan melanda, kita tetap berjalan menempuhinya, jadilah kita seperti air itu, sifatnya yang memenuhi ruang membuatkan dia tidak anjal untuk masuk ke mana sahaja yang dia mahukan. Hari ini kita di pimpin, esok adalah masa kita memimpin, pada ketika itu pimpinlah mad'u yang pelbagai ragam ini dengan mengaplikasikan pelbagai sifat, termasuk sifat air yang satu ini.
Dalam Quran dinyatakan bahawa orang yang tidak beriman adalah mereka yang tidak mengenali atau tidak peduli akan ayat atau tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah di alam semesta ciptaan-Nya. Segala usaha dicurahkan untuk membuktikan bahawa setiap perkara dalam dunia ini tiada penciptanya, semuanya berlaku kerana faktor kebarangkalian. Maka lahirlah pemikiran-pemikiran yang mengasingkan kewujudan Allah SWT.
Allah telah menciptakan beragam ciptaan yang tak terhitung jumlahnya untuk direnungkan. Segala sesuatu yang kita saksikan dan rasakan di langit, di bumi dan segala sesuatu di antara keduanya adalah perwujudan dari kesempurnaan penciptaan oleh Allah, dan oleh kerananya menjadi bahan yang patut untuk direnungkan.
Sekian Sahaja... :)
Comments
Post a Comment