Dr. Maza; "A๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐"
PERLIS - "Kayuhan MAIPs Peduli" adalah sebuah program anjuran Majlis Agama Islam Perlis bersama DYTM Raja Muda Perlis yang bertujuan menyantuni asnaf, mengambil tahu perkembangan dan keperluan mereka.
Mufti Negeri Perlis, Dr Maza atau nama sebenarnya YBhg Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, hari ini, melalui laman facebook nya bertarikh 27 mei 2020, menulis, berkongsi luahan hati beliau dan dikira sama seperti pandangan rakyat malaysia keseluruhannya berkaitan "A๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐"

Mohon maaf, kali ini saya ingin meluahkan rasa yang terpendam selama ini dalam coretan kali ini. Dukacita dan sedih, terdapat rumah asnaf yang miskin yang kami lawati begitu kotor halaman dan kawasan rumah mereka. Padahal, untuk mencuci atau membersihkan sampah sarap tersebut, tidak memerlukan belanja, cuma perlu sedikit kerajinan. Bayangkan, walaupun mereka tahu bahawa rombongan bersama DYTM Raja Muda akan ke rumah mereka untuk memberikan wang sumbangan, tapi tiada sedikit pun usaha untuk membersihkan kawasan rumah sendiri. Padahal tubuh masih sihat. Lebih daripada itu, tempoh PKP dan PKPB sekitar 2 bulan mereka sentiasa di rumah, gagal dimanfaatkan untuk kemaslahatan diri sendiri. Ini bukan kes terpencil. Sering kami saksikan."
Dr. Maza dalam penulisannya juga menekankan bahawa "Punca utama kemiskinan adalah malas"
๐ง๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฒ๐ฐ๐๐ฎ๐น๐ถ
Satu perkara yang sering saya luah dalam ucapan dan kuliah saya sejak dahulu, bahawa salah satu punca utama kemiskinan, iaitu kemalasan. Orang utara sebut dalam bahasa pasar yang agar kasar baloโ. Lebih keras lagi disebut boloโ liat. Ertinya, pemalas yang amat. Walaupun, kita sedar terdapat mereka yang miskin tapi rajin berusaha, cuma peluang belum muncul. Golongan miskin tapi rajin tidak termasuk dalam apa yang hendak saya bicara di sini. Harap jangan ada yang tersalah sangka. Mereka terkecuali dari perbincangan. Ini terutama anak-anak yang miskin disebabkan keadaan keluarga, mereka yang ditimpa bencana, kekurangan peluang dan seumpamanya. Golongan ini, -in sha ALLAH- jika mereka rajin berusaha, suatu hari nasib mereka akan berubah.
๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฎ๐น๐ฎ๐

๐๐๐ฑ๐๐ธ ๐ฆ๐ฎ๐ท๐ฎ
Kediaman kita sekalipun lama dan tidak mewah, jika ada kerajinan boleh dibersih dan dikemaskan. Bahkan boleh bercucuk tanam sayur-sayuran asas yang sekurang-kurang dapat menjimat sebahagian belanja dapur. Hari ini, dalam pasu dan tin kosong pun boleh diusahakan tanaman. Tapi, kalau pemalas, kerjanya hanya tidur dan duduk saja menunggu bantuan orang menjelma.
๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐ ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐๐ธ๐ต๐ถ๐ฟ๐ฎ๐
Bukan sahaja malas berusaha untuk kehidupan dunia, bahkan malas untuk akhirat juga. Pada wajah mereka tidak terlihat tanda dan sinar insan yang bersujud pada Tuhannya. Jika dijemput mereka datang untuk bantuan di masjid, kita meminta bersolat dahulu, mereka datang selepas solat jamaah selesai lantas terus duduk. Jika kita beri bantuan dan meminta selepas menerima bantuan tunggu solat berjamaah bersama, mereka lari selepas wang diberikan. Kalau diminta datang bantuan di masjid pada Hari Jumaat, ada pula yang mewakilkan isteri, atau anak perempuan untuk ambil bantuan. Si bapa โkaburโ dari Solat Jumaat. Walaupun, bukan semuanya begitu, tapi jumlah yang sebegitu juga bukan sedikit.
๐๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ต ๐ ๐๐๐ฃ๐ ๐ ๐ฒ๐ป๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฎ๐ป๐๐ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐

MAIPs sebenarnya telah menyediakan terlalu banyak program untuk memajukan asnaf dengan membekalkan mereka kemahiran dan modal. Ratusan juta dibelanjakan untuk pelbagai latihan dan pendidikan supaya kehidupan asnaf berubah dan mampu berdiri sendiri. Alhamdulillah, banyak juga yang berjaya. Ramai yang sudah tidak miskin lagi, khususnya yang muda. Namun, golongan pemalas juga masih banyak. Peluang pekerjaan dicari dan diberikan. Seminggu dua mereka bekerja, kemudian mereka lari. Saya masih ingat, kami bermesyuarat menghantar sejumlah golongan miskin mengikuti kursus menjadi pemandu lori kontena canggih. Elaun kursus MAIPs berikan, pihak syarikat juga bantu. Selepas itu, akan diserap terus bekerja yang pendapatannya sekitar 4 ribu ringgit sebulan. Malangnya, sebahagian besar lari balik rumah. Atas alasan tak biasa duduk luar lama-lama. Itulah syaitan kemalasan yang menguasai urat nadi sebahagian manusia.
๐๐ธ๐๐ฟ
Hal ini sebenarnya, bukan sahaja di Perlis, tapi di semua tempat dan negeri. Meriwayatkan hal ini memang merobek perasaan kita sendiri. Namun, suka atau tidak suka, kita kena akur bahwa bukan sedikit โmelayu yang malasโ. Dalam masa yang sama, juga memang akur ramai juga Melayu yang rajin dan berjaya. Namun, kita tidak boleh nafikan masih ramai orang kita sangat pemalas. Inilah juga sebabnya, kita gagal dalam bersaing dengan pihak lain. Akhirnya, kita hanya menyalahkan pihak lain semata, lalu melupakan penyakit malas yang ada dalam masyarakat kita.
Kemalasanlah yang menyebabkan ramai orang kita kerja โlebih-kurangโ. Produknya tidak berkualiti. Sehingga masyarakat kita sendiri kadang-kala terpaksa mengutamakan produk pihak lain di sudut kualiti dan kesungguhan. Natijahnya, peniagaan orang kita tidak berdaya saing di sudut kualiti, ataupun di sudut kesungguhan kerja. Dengan saya akur, ada banyak juga produk orang Melayu-Muslim yang berkualiti dan sangat bagus.
๐๐ถ๐ต๐ฎ๐ฑ ๐ ๐ฒ๐ป๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐ฎ๐ป
Berjihad menentang kemiskinan tidak akan berjaya jika kita tidak berjihad menentang kemalasan. Saya melihat, -dengan izin ALLAH- harta dunia ini dapat diperolehi dengan pemikiran yang bijak walaupun usahanya tidak begitu hebat. Jika akalnya hebat dan usahanya juga hebat, dengan izin ALLAH pasti banyak rezekinya. Kedua, harta dunia diperolehi dengan kesungguhan usaha walaupun kebijaksanaan tidak begitu tinggi. Dengan kerajinan akan membina pengalaman. Dengan pengalaman, orang kurang bijak akan membuat keputusan yang bijak. Akhirnya, dengan kerajinan dan pengalaman, rezeki yang banyak -dengan izin ALLAH- hadir ke dalam kehidupan.
Sebenarnya, memerangi kemalasan itu adalah tanggungjawab kita dalam beragama. Sabda Nabi s.a.w:
ููุฃููู ููุฃูุฎูุฐู ุฃูุญูุฏูููู
ู ุญูุจูููููุ ููููุฃูุชููู ุจูุญูุฒูู
ูุฉู ุงูุญูุทูุจู ุนูููู ุธูููุฑูููุ ููููุจููุนูููุงุ ููููููููู ุงูููููู ุจูููุง ููุฌููููู ุฎูููุฑู ูููู ู
ููู ุฃููู ููุณูุฃููู ุงููููุงุณู ุฃูุนูุทููููู ุฃููู ู
ูููุนูููู
โJika seseorang kamu mengambil talinya, kemudian membawa satu ikatan kayu api di atas belakangnya lalu menjualnya, -dengan sebab itu ALLAH memelihara maruahnya- maka itu lebih baik daripada dia meminta-minta kepada manusia, samada mereka memberikannya atau tidakโ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kata Anas bin Malik r.a
ููููููุชู ุฃูุณูู
ูุนููู ููููุซูุฑู ุฃููู ููููููู: ุงููููููู
ูู ุฅููููู ุฃูุนููุฐู ุจููู ู
ููู ุงูููู
ูู ููุงูุญูุฒูููุ ููุงูุนูุฌูุฒู ููุงูููุณูููุ ููุงูุจูุฎููู ููุงูุฌูุจูููุ ููุถูููุนู ุงูุฏููููููุ ููุบูููุจูุฉู ุงูุฑููุฌูุงูู
โAku mendengar Nabi s.a.w sering berdoa: โYa ALLAH sesungguhnya daku berlindung denganMU daripada kerisauan dan dukacita, daripada lemah dan malas, daripada kebakhilan dan kebaculan, daripada bebanan hutang dan daripada ditewaskan oleh orangโ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maafkan coretan ini. Namun, ia sesuatu yang terpaksa diluahkan demi kepentingan kita semua. Masyarakat muslim kita ramai yang berharta dan suka membantu. Alhamdulillah. Namun, jika kita tidak teliti dalam strategi kita membantu, saya bimbang kita bukan berjaya menghapuskan kemiskinan tapi meramaikan lagi golongan pemalas. Untuk memberikan bantuan dengan gambar yang gah mungkin mudah. Namun, untuk mencabut akar masalah, mungkin tidak semudah sekadar menghulurkan bantuan wang ringgit. Kita perlu gembeling tenaga mengubah mentaliti dan sikap 'malas'. Inilah -in sha ALLAH- usaha yang mesti kami di MAIPs laksanakan.
Semoga ALLAH mengampuni saya..
Dr MAZA,
12.30 malam
semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua, biar miskin tetapi jangan malas
apa komen anda ?
Comments
Post a Comment