Mandi Hadas Cara Rasulullah

Perkara pertama yang perlu diberi keutamaan adalah kefahaman.

Q : Apa itu Mandi?
A : Mandi adalah meratakan air ke sekalian badan. (seluruh badan dengan memastikan tiada sehelai         bulu pun yang tidak terlepas dari terkena air) !!! 

Q : Apa pula Mandi Wajib ?
A : Mandi yang diwajibkan untuk sah solat / ibadah seseorang muslim. 

Apabila seseorang muslim mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, ibadahnya itu akan tertakluk kepada dua keadaan, samada sah (diterima ) @ tidak sah ( tidak diterima ) oleh Tuhannya. Diterima atau tidak sesebuah ibadah yang dikerjakan bergantung kepada KEBERSIHAN kerana Agama Islam sangat mementingkan kebersihan. Seorang manusia membersihkan diri dari kekotoran secara umum dengan menggunakan air. Islam juga menganjurkan umatnya membersihkan diri sebelum mengerjakan ibadah dengan air.  

Umumnya, bermula kehidupan manusia di awal pagi, membersihkan diri dengan cara membasuh muka, memberus gigi dengan air, agama islam tidak hanya berhenti setakat itu sahaja kerana bukti Islam menitikberatkan kebersihan, Islam menggalakkan umatnya mandi di awal pagi, dan mandi untuk kebersihan diri adalah syarat yang islam tetapkan supaya ibadah diterima. 

Q : Apa beza Mandi wajib, mandi hadas ?
A : Tiada beza antara istilah ini kerana ia membawa maksud yang sama. Iaitu membersihkan diri /             menggangkat hadas (membuang kekotoran yang ada pada diri) 

Q : Hadas terbahagi kepada hadas besar dan hadas kecil. Adakah terdapat perbezaan antara mandi             untuk mengangkat kedua hadas ini ?
A : Mengangkat (membersihkan) hadas kecil / kekotoran biasa adalah seperti cara biasa, mencuci dan       memastikan hilang bau, warna dan rasa. manakala mengangkat hadas besar perlu dititikberatkan       sedikit caranya dengan cara mandi beserta niat dan beberapa step yang mudah untuk dipraktikkan.

dibawah ini adalah step mandi wajib yang perlu dititikberatkan supaya ibadah yang akan dikerjakan nanti diterima Allah. ini adalah usaha yang perlu dilakukan oleh setiap hamba dalam memastikan ibadahnya diterima. 

10 step cara Mandi Rasulullah

1. Membaca niat ketika air sampai ke tubuh. (pilih niat mengikut situasi anda)
  

2. Membaca Basmallah
Maksudnya: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

3. Mencuci tangan 3x

4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun 

6. Berwuduk
    Mengambil wuduk seperti wuduk untuk solat

7. Membasuh/ menyiram kepala dengan cara menjirus air 3x sambil mengusap rambut memastikan air sampai ke seluruh anggota badan. 
    Cara Rasulullah membasuh / menyiram anggota badan berdasarkan hadith yang diriwayatkan             daripada Saidatina 'Aisyah R.A.

   i - Kemudian baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya,        menyiram kepalanya 3x dengan kedua-dua tangannya. Bagi wanita dikehendaki melepaskan                  sanggul rambut memastikan air mengalir membasahi setiap helaian rambut dengan sempurna. 

   ii - Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri

8. Memulakan dengan bahagian kanan

9. Meratakan air keseluruh tubuh badan, tolong berikan penekanan dibahagian anggota badan yang sempit, pastikan air sampai ke tempat tersebut. jika perlu mandi sambil bercangkung, lakukanlah supaya air betol-betol sampai dicelahan anggota badan yang sulit. gosok atau percikan air ke kawasan tersebut untuk memastikan air sampai dan celahan tersebut bersih dari hadas.  

10. Selesai

! Sekiranya anda ingin menunaikan ibadah setelah mandi wajib, berwuduklah sekali lagi. 

selesai sudah kita memahami cara sebenar mandi hadas, lakukanlah sebaik mungkin semoga ibadah kita diterima, dihitung sebagai amalan supaya mampu untuk mendapat syurga Allah s.w.t. semoga perkongsian ini bermanfaat.

Renung-renungkan dan selamat beramal. 





Comments

Popular posts from this blog

HIKMAH SEHAT GERAKAN SHOLAT ~ tubuh sihat jiwa sihat

ketahui matlamat kita...

Titah Seri Paduka Baginda BERSEMUT