Merawat penyakit asma lelah Lanka

Dr Nadir;

Semalam kami bawa Auni ke Klinik Wangsa, Seksyen 1 Wangsa Maju nak buat treatment dengan Dr Nadir.. Masa anis kecik pernah terbaca pasal doc ni tapi xteringat nak pegi. Bila Ena Omar suggest esok terus kami pegi..

Ini ilmu baru yang semua orang boleh cuba apply untuk anak2 atau family yang asma, lelah dan batuk berkahak untuk mengelakkan pneumonia.. Dr Nadir terangkan batuk ni sebenarnya natural proses untuk keluarkan kahak dari paru2 sebab kahak ni biasanya infected by bacteria dan kuman berbahaya.. Jadi bila kita makan ubat batuk dan batuk sembuh, kahak sebenarnya terkumpul di paru2. Lama kelamaan kahak akan terkumpul dan membeku di paru-paru menyebabkan saluran pernafasan tersumbat dan membawa kepada penyakit seperti asma, lelah, bronchitis, pneumonia n so on.

Kalau ibu mengandung dan mengusu makan ubat batuk, effect akan kena pada baby.. Kebelakangan ini, sesetengah baby walaupun baru lepas pantang dah mula batuk2 dan nafas berbunyi. Tapi ada Doktor lain pernah beritahu perkara ni biasa sebab baby mungkin tertelan cecair semasa dalam kandungan atau semasa proses kelahiran.

Jadi.. Rawatan pertama yang boleh dilakukan kalau batuk berkahak ialah nebulizer/steam. Masa Auni kne 1st nebulizer ni mmg dia menangis terbatuk-batuk sampai muntah dan keluar kahak berbuih-buih. Kalau dekat rumah boleh panaskan air dalam rice cooker atau tuang air panas dalam baldi dan pegang baby macam dalam pic ni bagi dia kene wap tu, pastikan tak terlalu panas (cuba dengan muka sendiri). Buat dalam 10-15 minit. ( biasa saya letak bawang putih ketuk atau boleh guna minyak habbatus sauda yang bertindak sebagai anti bakteria)

Kedua, tepuk percussion belakang dan depan baby dengan kedupkan tangan sedikit (boleh tengok contoh di youtube). Jangan tepuk di tulang hanya kiri dan kanan paru-paru. Boleh juga buat masa tengah steam tadi. Tepuk ni penting bagi longgarkan kahak pada paru-paru dan kahak akan pergi ke tekak. Kalau dewasa boleh suruh mereka batuk supaya kahak pergi ke tekak.

Ketiga, doktor akan sedut kahak guna tiub lembut.. Bukan jolok sampai dalam cuma letak kat tekak bagi baby muntahkan kahak dan sedut. Kalau kt rumah kne jolok sikit cuba bagi baby muntah, buat dengan perlahan guna jari kelingking jer tapi kalau tak yakin jangan buat. Bagi muntah sekali jer pon ok.. Lepas tu bagi susu supaya kahak tu akan ditelan dan keluar bersama najis. Buat pagi lepas anak bangun tidur dan waktu petang.

Alhamdulillah, Auni yang dah demam 6 hari viral fever suhu badan tiap malam 38-39c malam tadi tidur lena..
Abah yang selalu tak sihat lepas pencen pun rasa lega lepas buat percussion, terus ajak pergi Klinik Dr. Nadir.. Mungkin sebab dah berpuluh tahun kerja dalam ofis..

Lepas ni taknak makan ubat batuk dah. Doctor pun pesan supaya jangan makan ubat batuk lagi. Apapun kita cuma ikhtiar, bertawakal hanya pada Allah yang berkuasa memberikan kesembuhan..

Credit to ---> http://anakkugeniuskids.blogspot.com/2014/10/tips-dan-cara-yang-betul-bagi-rawatan.html?m=1

Comments

Popular posts from this blog

ketahui matlamat kita...

HIKMAH SEHAT GERAKAN SHOLAT ~ tubuh sihat jiwa sihat

Dr. Maza; "A𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐊𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐒"