pentingnya sahabat bagiku...

kisah perjalanan ini mungkin sangat panjang., memang sangat panjang. iman nak berkongsi dengan satu cerita yang baru saja iman lalui. iman rasa bersyukur bila iman dihadiahkan satu perkara yang sangat berharga. iman sangat-sangat menghargainya... terima kasih Tuhan.

iman dihadiahkan kawan-kawan yang sangat menghargai antara satu sama lain. kawan yang semakin membiak. semakin jauh iman berjalan semakin membiak mereka disekeliling iman. Ya Tuhan bertuah sangat rasanya. mereka semua tidak seperti kawan biasa yang hanya tahu berada dikala iman senang. tetapi mereka dah berjanji dengan iman yang mereka mahu senang dan susah bersama iman. sekarang iman tak mahu menoleh ke kiri atau ke kanan lagi, iman hanya mahu terus menuju kehadapan dengan bimbitan tangan mereka.


kerana kiri dan kanan iman, selama ini sepertinya tidak menghargai apa yag iman barikan kepada mereka, mengapa perlu ada ego dan segla macam perangai? iman tak faham. bagi iman sahabat yang baik adalah sahabat yang banyak menegur dari memuji, ini sebahagian daripada bacaan iman. kenapa mereka yang berada dikiri dan kanan iman tak pernah melihat kepentingan yang iman cuba tunjukkan kepada mereka. iman mohon, supaya mereka diberi hidayah Ya Tuhan.

bersyukur sangat apabila berada bersama mereka, saling nasihat-menasihati untuk kebaikan antara satu sama lain, tidak pernah ada rasa iri, jika itu berlaku, apa yang perlu dilakukan ialah berlapang dada, dan memohon maaf daripada Tuhan kerana bersangka buruk. Subhanallah iman berasa sangat bertuah berada di dalam zon ini, zon tarbiyah tuhan untuk insan yang mengaku khalifah di atas dunia.

mereka mengaku sebgai khaliah dan hamba, tetapi hanya sebahagian daripada mereka yang menjalankan tugs mengikut porfolio yang telah digariskan.. sedarkah sahabat bahawa bukan mudah hidup ini... hehe. seperti di dalam menyusun program-program kampus, portfolio tidak pernah lekang menjadi sebahagian daripada perjalanan seorang ajk. begitulah juga kita sebagai khalifah dan hamba...

iman bersyukur kerana dikurniakan Tuhan sahabat yang sangat-sangat membantu dalam memenuhi kehendak portfolio Pencipta.... sahabat, muhasabahlah, andai diri pernah dijemput Tuhan bersama sahabat yang selalu menegur dan memberi yang terbaik tuk diri kita, ttp kita tidak endahkan.... pergilah mencari mereka kembali kerana mereka mungkin bantuan dri Tuhan untuk kita selesaikan tugasan kita di dunia ini... ingin memberi yang terbaik. wallahua'lam

Comments

Popular posts from this blog

HIKMAH SEHAT GERAKAN SHOLAT ~ tubuh sihat jiwa sihat

ketahui matlamat kita...

Titah Seri Paduka Baginda BERSEMUT