Kampus Baruku...

Cerita pasal kampus baruku, ceritanya bermula pertengahan semester lalu lagi. perbincangan di peringkat Perwakilan Kulliyyah, Perwakilan Mahasiswa sudahpun dibuat tetapi perjalanannya seringkali tersangkut dan terkebelakang kerana Isu Kuin selalu menjuarai segalanya. 

Pekeliling yang diminta untuk dikeluarkan pun, x jugak2 keluar, sampai ada sesetengah student kata Perwakilan Kulliyyah tak buat keja. Padahal makluman yang diperolehi dan dipercayai kata, pekeliling tu memang sengaja tak mau dikeluarkan. hem... 

Khabar sal kampus baruku senyap seketika, sampai lah nak bermula minggu silaturrahim jun 2011. kata mereka pada mulanya, pelajar baru, lelaki, akan menginap disana sepanjang MSR, oleh kerana asrama yang namanya gemilang dah diambil kerajaan negeri dan digantikan dengan penambahan 2 blok banggunan di farabi. "pelajar lelaki dan perempuan menginap dalam satu pagar", itu ketetapan mereka.

Kampus baruku mula dioperasi, tilam dan katil mula masuk ke kediaman baru, kata mereka boleh memuatkan 1000 orang untuk kemasukan sesi ini, beberapa hari sebelum kedatangan MSR. segala perancangan berjalan mengikut perancangan kediaman. 

Tup..tup sehari sebelum MSR, kata mereka, operasi di kediaman kampus baruku, tidak dapat diselesaikan. janji hanya tinggal janji... sehingga sahabat-sahabat ku yang lain terpaksa berhempas pulas di Taman Siswa Jitra untuk menutup aib mereka. itupun sekalung ucapan terima kasih daripada pegawai tertinggi tak jugak sampai ke telingga. 

sekarang MSR sudahpun berakhir, operasi di kampus baruku, terus berjalan seperti biasa untuk perancangan akan datang. pengetua baru ada perancangan barunya, insyallah segala mungkin yang terbaik untuk student-student sekampusku...    

Comments

Popular posts from this blog

HIKMAH SEHAT GERAKAN SHOLAT ~ tubuh sihat jiwa sihat

ketahui matlamat kita...

Titah Seri Paduka Baginda BERSEMUT