Belajar dari cara berfikir.

Belajar no 1 tetapi dakwah bukan no 2. Kata-kata yang sangat famous time ana di maahad dulu dalam Badan Dakwah dan Kebajikan. Melalui bacaan Give and Take karangan Nurul Ain Amhad, ana suka berkongsi hal ni.
*****
“Seorang penceramah muda bercerita tentang kisah dakwahnya semasa berada di alam kampus beberapa tahun yang lepas. Bagi menyampaikan dakwah kepada rakan-rakan sekampus yang lain, kami terpaksa bagun seawall mungkin bagi mengedarkan risalah yang berbentuk tazkirah dan peringatan. Pada waktu siang, kami sibuk dengan kelas dan peperiksaan. Jadi kami memikirkan jalan ini adalah jalan terbaik pada masa itu.
Ini bermakna, walaupun kita berada di alam kampus atau pekerjaan yang mempunyai kesibukan melampau pada stu-satu masa, ia tidak menjadikan dakwah terhalang.”
*****
Makin di baca, makin teringatkan apa yang sedang berlaku di kampusku sekarang. Jom kita kaitkan, betol or tak terpulang kepada yang membaca.

Apa itu dakwah? Mengajak kepada yang baik dan meninggalkan yang buruk. Apa yang kita boleh kaitkan dengan mengajak kepada perkara yang baik dan meninggalkan apa yang buruk melalui apa yang berlaku di dalam kampus kita hari ini?

Mungkinkah kita boleh katakan 5 okt menghantar surat perdamaian kepada pentadbiran adalah megajak kepada satu perkara yang baik.?? Mengadakan demontrasi satu masa yang lalu untuk meminta pentadbiran memperjelaskan berkenaan permasalahan kebajikan mahasiswa dan  menjawab persoalan mahasiswa berkenaan isu tersebut merupakan satu perkara mengajak pentadbiran kepada perkara yang baik?? Jika kita mengatakan ya, ini bermakna ini adalah kerja dakwah dan hal ini bukan no 2 selepas tugas kita sebagai mahasiswa. Dan jika kamu mengatakan tidak, itulah jawapan kamu dan saya nasihatkan jangan cuba menimbulkan sangkaan sebelum kamu mengkaji dan bertanya kepada tuan punya badan (5okt) kenapa dia berbuat demikian.
*****
“minta maaf, saya masih belajar. Jadi saya tiada masa berdakwah”
“saya belum bersedia untuk berdakwah”

Belajar bukan menjadi penghalang kepada dakwah. Mengapa? Ini kerana belajar itu juga salah satu medan dakwah. Oleh itu, dakwah dan pelajaran perlu berjalan seiring. Pemikiran sesetengah orang dakwah itu adalah satu jalan yang berat adalah anggapan separa salah.

Pada suatu masa, saya menyertai program yang berbentuk dakwah. Seorang kakak senior member peringatan kepada kami. Dia mengatakan, sekiranya kamu menganggap jalan dakwah ini adalah perkara yang berat dan menyusahkan, maka kamu sebenarnya sudah tertipu dengan mind setting kamu sendiri.

Sekiranya minda kita di sogok dengan mengatakan medan dakwah itu susah dan payah, maka ia bakal menjauhi dakwah kerana menganggap medan ini sebagai sesuatu yang membebankan.
*****
Perkataan “sekiranya minda kita disogok” seolah-olah ingin menceritakan sesuatu kepada ana. Sebenarnya ana selalu melihat disebalik apa yang selalu diperkatakan oleh pakar motivasi, melihat sesuatu pada perspektif yang berbeza dari orang lain memberikan satu jawapan yang lain, dan melalui jawapan yang lain itu, akan menghasilkan perbandingan seterusnya menghasilkan jawapan yang lebih baik daripada jawapan yang sama perspektifnya dengan orang lain tadi.

Haha… kamu faham apa yang ingin saya sampaikan? Bacalah berkali-kali insyallah, kamu akan memahaminya dengan lebih baik.

“sekiranya minda kita disogok” kalau “sekiranya minda kita tak disogok”, anda sudah Nampak perbezaan itu?? Ianya berlaku di atas pemikiran kita sendiri, di atas diri kita sendiri mengapa kita mahu berfikir sedemikian dan mengapa kita tidak mahu berfikir sedemikian.

Sama juga seperti yang berlaku di dalam facebook majlis ilmu hujung januari 2012 ini. Apabila minda kita disogok dengan mengatakan hal itu adalah salah, walaupun kita diberi beratus fakta untuk kita fikirkan semula, hal itu tetap mendapat kata putus yang salah. Hasilnya semua pendapat orang lain adalah salah, dan pendapat kita dan konco-konco kita juga yang betul semuanya. Adakah ini suatu perkara yang boleh digunapakai, apabila kita hanya mengatakan kita sahaja yang betol? Bukan ego namanya tu?

Sudahlah kita tinggalkan masalah manusia yang tidak mahu berfikir untuk kali kedua itu. Kita teruskan dengan bahan bacaan kita.
*****
Thabo Mvuyelwa Mbeki ialah presiden South Afrika bermula dari tahun 1998 sampai 2008. Mbeki dilahirkan di Idutywa, Transkei pada jun 1942. Dia adalah anak kepada seorang guru dan aktivis. Pada umurnya 14 tahun, Mbeki melibatkan diri dengan Liga Pemuda yang secara tidak langsung melibatkan dirinya ke kancah politik. Sejarah politiknya begitu dikagumi. Semasa di alam kampus, beliau aktif dengan organisasi ANC (National Working Committee). Pelbagai percubaan menangkapnya disebabkan pembabitan beliau dalam politik kampus.  Walupun terpaksa bertukar university tetapi perjuangannya tetap diteruskan. Kemuncak perjuangannya beliau dilantik sebagai Presiden South Of Afrika.

Sekiranya dilihat, Mbeki bukan orang islam yang termasuk dalam golongan pendakwah. Tetapi kuasa semangat dan percaya yang ada dalam dirinya sudah membuatkan beliau Berjaya menegakkan perkara yang dipercayainya. Beliau tidak kesah sekiranya dibuang university kerana perkara yang penting baginya ialah dia percaya kepada perjuangannya dan bekerja dalam merealisasikan apa yang beliau percaya.

Kuasa percaya kepada kemenangan Islam ini sekiranya diletakkan di dalam diri seorang pelajar kampus, ia bakal melahirkan pelajar kampus yang aktif berdakwah.
*****
Nah, tengok tu. Akan tetapi maafkan ana, bukan lah tujuan ana menulis ini kerana ingin mengalakkan kita semua menurut perangai Mbeki yang selalu berpindah university tetapi bila kita lihat dari sudut yang lain, salahkah dia berpindah university apabila tetap memilih menjadi aktivisma bagi mencapai apa yang dia percayai boleh membawa dirinya Berjaya.?

Akhir pena ana, mengajak semua orang berfikir kepada suatu perkara yang baik juga dikira sebagai berdakwah. Ana menyeru kepada semua sahabat kampus, marilah kita berfikir positif di setiap apa yang sedang berlaku, ambil lah hikmah disetiap kajian kita, sesungguhnya dengan mengkaji kita seperti menyelam ke dalam lautan luas, semakin dalam kita menyelam semakin indah apa yang kita akan merolehi dan kita pelajari. Walluhua’lam.
Fikir-fikirkan dan selamat beramal ;) 

Comments

Popular posts from this blog

HIKMAH SEHAT GERAKAN SHOLAT ~ tubuh sihat jiwa sihat

ketahui matlamat kita...

Titah Seri Paduka Baginda BERSEMUT