Bola ..... Goal !!!!!!!

Dah lama nak menulis, tapi tak tahu nak tulis tentang apa, tetiba muncul musim bola. ada beberapa "perkara" menarik tentang bola, ada juga "cerita" menarik tentang bola bila sempena game FIFA 2014 dan bermulanya umat islam melangkah masuk ke bulan mulia Ramadhan, dan ada juga yang menyalahkan bola dan mensabitkan perkara yang kadang2 tak logic dari sudut faktanya tentang bola.
 
Saya bukan peminat bola... (nak bg tau siap2) tapi oleh kerana di pejabat nie ramainya yang suka bercerita tentang bola, saya jadi terikut nak tahu faktanya tentang bola... saya pernah tahu tentang bola, cuma tak pernah menulis... dan ini tulisan dan pandangan peribadi saya tentang bola (bebaslah dalam memberi pandangan) :)  
 
*********************************
 
Pengenalan
Bercakap tentang pengenalan. perbagai fakta yang wujud berkenaan "asal usul permainan bola" dari pelbagai Negara muncul... Ada yang kata bermulanya dari Negara itu, dari Negara ini, jom kita baca fakta di bawah ni;

 
1. Yunani : bermain bola sepak diperkenalkan 800 tahun sebelum Masihi dengan nama episkyro dan harpastron. Pasukan Rome yang menyerbu Yunani tahun 146 sebelum Masihi kemudian mengambil permainan ini dan menyebarkannya dikawasan penaklukan wilayah-wilayah nya di Eropah. Kaisar Rome Julius Caesar tercatat sebagai penggemar harpastrum. Ia menggunakan permainan ini sebagai ujian bagi melatih fizikal pasukan tenteranya. Di Rome, terdapat kawasan harpastrum menyebabkan ia lebih sesuai dimainkan oleh penduduk ketika itu.
 
2. China : Bola sepak juga disebut-sebut berasal dari daratan Cina. Pada masa pemerintahan Dinasti Tsin dan Han, orang-orang sudah bermain permainan bola yang disebut tsu chu. Tsu mempunyai maksud “menerajang bola dengan kaki”. Sedangkan chu, bererti “bola dari kulit dan ada isinya”. Mereka bermain bola yang diperbuat dari kulit binatang dengan cara menendang dan mengheretnya ke sebuah jaring yang dibentangkan pada dua tiang.
 
3. Jepun : Menurut orang-orang Jepun Sejak abad ke-8, konon masyarakatnya sudah kenal permainan ini. Mereka menyebutnya sebagai Kemari. Bolanya diperbuat dari kulit kijang berisi udara. Yang menarik, ada legenda pada abad pertengahan. Konon saat itu, seluruh desa mengikuti satu permainan bola. Bola yang dibuat dari tengkorak, ditendang satu diantara warga ke arah orang-orang kampung. Kemudian, si penerima bola di kampung itu, diteruskan ditendang ke kampung lain. "agak lawak..hehe"
 
4. Peristiwa Karbala' : Ada setengah pihak mengaitkan sejarah bola sepak dengan perang karbala di mana cucu Rasulullah dibunuh lalu dipancung kepala dan dijadikan sebagai bola sepak tendang. (cerita ni lah, bermulanya kemeluatan sy kepada bola sepak di smping hal-hal lain) Tetapi tidak ada bukti utk menunjukkan bola sepak yg kita kenal sekarang bermula dari peristiwa itu.
 
Asalkan ada org, ada kaki, maka di situ mungkin ada permainan di kalangan org muda menyepak atau menendang bola.
 
*****************************************
 
FIFA bila tiba Ramadhan...
 
Bila dah countdown ramadhan, suma pakat2 peringat memperingati tentang kelebihan ramadhan, tetiba terbaca dalam dlm satu group whatsup, kakak tu mcm temper cikit., "sapa dok rancang yer, buat FIFA bulan2 posa gi ni... Yahudi ni tau lah xnak orang islam tumpu pada ibadah, ini satu agenda meruntuhkan iman umat islam nie"... toing... toing... saya terkebil-kebil di depan handset, betul ke., tetiba sorang adik yang belajar di mesir, komen., "xda lah kak, memang selalunya fifa akan buat bulan ni, 5 bln sekali., tup., tup., kena bulan nie..." sy bercakap sendir., mcm2 kan orang akan fikir...
 
pelbagai inisiatif dakwah sempena ramadhan dan dalam fasa fifa diambil. antaranya anda boleh lihat gambar2 di bawah ini.
 
1, gambar logo fifa 2014 telah diubah grafiknya, di edit untuk merai peminat finatik fifa, dalam masa yang sama sambut ramadhan.  
 
2. gambar sebuah padang yang menggantikan posisi-posisi pertahanan bola sepak dengan perkara2 amalan untuk bulan puasa (menarik kan....) 

 
3. dan ada juga, kata2 untuk buat orang tak tinggal ibadah qiamulail buat yang suka bersengkang mata menontot bola.

 
 
Penutup
Sebagai penutupnya, setiap tindakan orang tu x boleh sewenang-wenangnya dipersalahkan, kerana setiap orang bertindak atas dasar kefahaman., di harap penulisan ini dapat memberi sesuatu kefahaman buat pembacanya... Kreatifkan cara penyampaianmu daie, moga ada sesuatu kebaikan untuk Mu... ;)

Comments

Popular posts from this blog

HIKMAH SEHAT GERAKAN SHOLAT ~ tubuh sihat jiwa sihat

ketahui matlamat kita...

Titah Seri Paduka Baginda BERSEMUT