Melangkah ke Alam Rumah Tangga

Alhamdulillah, syukur kehadrat illahi kerana langkah ini disertai dengan Redha Ibu bapa serta ahli keluarga yang lain.

Pertemuan bermula pada bulan Jun 2014, sebagai pelajar praktikal di salah sebuah firma swasta. Pesan Murobbi sebelum melangkah ke alam pekerjaan selitlah langkahmu dengan istikharah, kerana di sana akan benyak mengubah hidupmu. Doa yang berterusan untuk hidup, untuk pekerjaan sentiasa meniti di bibir, hinggalah takdir menandingi segalanya, Dia datang dengan membawa masalah ummah, istikharah dan istisyarah terus berjalan menuju Murobbiah. Kata Murobbiahku, terimalah dia atas dasar dakwah, kerana inilah masalah ummah. Memberanikan diri menceritakan permohonannya kepada kedua ibubapa, dengan menyerahkan hal menerima atau menolak diatas kuasa mereka berdua.

Pertunangan pada 1 Muharram 1435H
Majlis sederhana yang hanya melibatkan kedua belah keluarga, Sangat menitikberatkan pemilihan tarikh, harapan dengannya ada keberkatan.

Di Ijab Kabulkan
Selepas 1 Tahun 2 bulan mengikat tali pertunangan, pada tanggal 18 Disember 2015 bersamaan 6 Rabiulawal 1436H diijabkabulkan . Pemilihan tarikh sebenarnya masih dititikberatkan tetapi atas alasan hendak mengaulakan keluarga, maka tarikh ini dipersetujui. Dengan mahar 2 Dinar harapnya diberkati Allah s.w.t, kerana ingin mencontohi para ummul mu'minin. Hadiah 2 bentuk cincin mengiringinya.
Walaupun dia bukanlah "pak ustaz" atau orang a'lim, disetiap permintaan untuk maharkan dinar, yang pada pandangan orang lain dianggap "renyah" tetapi dia mengiyakan sahaja, begitu juga dengan solat sunat selepas nikah, Alhamdulillah inilah solat jemaah pertama selepas beberapa detik bergelar suami isteri.
 
Majlis Meraikan Cinta
Pada 20 Disember 2015, bersamaan 8 Rabiulawal, selang sehari daripada majlis akad nikah. Anugerah illahi buat keluarga besarku, kami dikurniakan keturunan 3 orang sekali pada tahun 2015, justeru, anpa berfikir panjang, suara haty diluahkan kepada bapa tercinta, semoga majlis nanti diraikan sekali dengan kenduri Aqiqah anak-anak ini. Bila pengantin dirai dengan bantuan yang tak berbelah bahagi daripada ahli keluarga, apa salahnya pengantin juga meringankan mereka dengan majlis Aqiqah ini, ialah dengan keadaan ekonomi semasa, majlis kecil pun memerlukan wang yang besar. Semuanya dirancang dan diatur bagi memudahkan yang terlibat. Alhamdulillah Majlis berjalan dengan baik, semoga majlis diberkati Allah, dan Aqiqah anak-anak diterimaNya.

Terima kasih kepada sanak saudara yang telah banyak menyusahkan diri bagi menjayakan majlisKu, sangat terharu atas pertolongan kalian. Inilah erti berkeluarga, kerana itu, perkahwinan ini bukan hanya mengikat dua hati, tetapi mengikat dua keluarga. salam sayang bat semua.


























Comments

Popular posts from this blog

ketahui matlamat kita...

HIKMAH SEHAT GERAKAN SHOLAT ~ tubuh sihat jiwa sihat

Dr. Maza; "A𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐊𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐒"