zaman bloger


Zaman belajar di kampus kebanyakan sahabat-sahabat yang hebat-hebat mesti ada blog. Berkawan dengan kawan-kawan yang pegang title blogger membuatkan saya berminat untuk ada blog sendiri. 2,3 jam dihadapan laptop untuk update blog tu dah jadi perkara biasa. lepas habis exam terperap dalam bilik seharian suntuk dah tau, mesti update blog yang dah bersawang.


Bila buka blog balik sekarang, memang penat nak cuci banyak sangat sawang, tengok link blog kawan-kawan sezaman dikampus pon dah bersawang ada yang dah 4 tahun tak di update. nak buat blog ni bukan hanya tahu copy paste maklumat daripada orang je :) tapi idea dan penulisan yang terhasil dari diri kita untuk tatapan dan manfaat orang lain yang membaca blog kita tu yang penting.

blog adalah satu tempat untuk menulis dan melontarkan idea tentang ses
uatu perkara yang nak kita kongsikan dengan orang lain. kalau sebelum ni kita ada frendster sama fungsinya macam blog tepi banyaknya pemilik frendster gunakan macam diari, cerita tentang diri sendiri dan kongsikan dengan kawan-kawan.

blog juga ada fungsi yang sama, tetapi pemilik blog lebih open tidak hanya tertumpu penceritaan diri tetapi lebih kepada perkongsian ilmiah. kebanyakan blog yang aktif dan ramai follower ni jenis yang orang banyak membaca, orang yang kurang membaca memang sukar nak menulis dalam blog macam saya sendiri. kerana hanya dengan membaca ja dapat hasilkan penulisan yang best untuk dibaca.

sekarang dah banyak media sosial. dulu hanya ada frendster untuk menulis dan berkongsi cerita untuk orang yang biasa-biasa. lepas tu wujud blog, kalau oarang yang luar biasa sikit individu tu akan buat personal web, selepas tu muncul facebook sebagai tempat berkongsi, facebook lebih dekat dengan kawan-kawan lain, lebih cepat sampai kepada kawan-kawan.

fungsi blog dah makin lapuk dan tak dipandang lagi, tambahan pula instagram dan pelbagai media sosial sekarang ini yang lebih canggih dan lebih mudah untuk dikendalikan daripada blog.

walaubagaimanapun untuk yang suka membaca dan penulis-penulis buku akan terus menggunakan blog dan terus memanfaatkan fungsinya. dan sekarang fungsi blog bukan hanya menulis tetapi membuat duit, beruntunglah orang yang pandai menggunakan fungsi yang ada.

sekian

Comments

Popular posts from this blog

HIKMAH SEHAT GERAKAN SHOLAT ~ tubuh sihat jiwa sihat

ketahui matlamat kita...

Titah Seri Paduka Baginda BERSEMUT